Kolonel (Amerika Syarikat)

Kolonel
Colonel

Insignia Helang Kolonel. Gaya dan kaedah pemakaian mungkin berbeza antara pakaian seragam yang berbeza dan cabang perkhidmatan yang berlainan.


Shoulder board Kolonel

Negara
Amerika Syarikat
Cabang perkhidmatan Tentera Darat
Kor Marin
Tentera Udara
Tentera Angkasa
Singkatan COL (Army)
Col (Marine Corps, Air Force dan Space Force)
Kumpulan pangkat Pegawai medan
Kod
NATO
OF-5
Pangkat tinggi seterusnya Brigedier Jeneral
Pangkat rendah seterusnya Leftenan Kolonel
Persamaan pangkat
Insignia gelap seperti yang dipakai pada Uniform Utiliti Kombat USMC dan sebelum ini dipakai pada Uniform Penyamaran Gurun dan Uniform Tempur.

Kolonel (/ˈkɜːrnəl/) di dalam Tentera Darat AS, Kor Marin AS, Tentera Udara AS dan Tentera Angkasa Amerika Syarikat, ialah pangkat pegawai medan paling kanan, berada di atas pangkat leftenan kolonel dan hanya di bawah pangkat brigedier jeneral. Kolonel setaraf dengan pangkat kepten tentera laut dalam perkhidmatan beruniform Amerika Syarikat yang lain.[note 1] Mengikut undang-undang, seorang pegawai sebelum ini memerlukan sekurang-kurangnya 22 tahun perkhidmatan terkumpul dan sekurang-kurangnya memerlukan tiga tahun sebagai leftenan kolonel sebelum dinaikkan pangkat ke kolonel.[1] Dengan termeterainya National Defense Authorization Act 2019 (NDAA 2019), perkhidmatan tentera kini mempunyai kuasa untuk mentauliahkan para pegawai baru terus ke pangkat colonel.[2] Gred gaji bagi colonel ialah O-6.

Apabila dipakai bersendirian, tanda pangkat yang terlihat sebelah kanan dipakai bertumpu pada topi dan uniform. Apabila dipakai secara berpasangan, tanda pangkat dipakai pada sebelah kiri pegawai manakala versi terbalik imej cermin dipakai pada sebelah kanan, supaya kedua-dua kepala helang menghadap ke depan, ke hadapan si pemakai.


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "note" ada tetapi tag <references group="note"/> yang sepadan tidak disertakan

  1. ^ "Air Force Colonel". www.military-ranks.org. Dicapai pada 12 September 2017.
  2. ^ "Direct Commissioning". army.mil. Dicapai pada 11 October 2020.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search